Hari pertama cuti Deepavali

Hands are shaking cold. Your hands are mine to hold.

Sorry for inappropriate introduction. It's nothing but the song's that currently playing can't stop me from typing its lyric. Btw, assalamualaikum....

Kepala aku tengah bengong kejap. Baru 3 jam tido, hormon stress adrenocorticotropin aku termeletup disebabkan dengar suara bapak aku suruh sambung kerja dia. Memang terpaksa bangun sebab penting and benda tu diperlukan dengan segera. Kalau tak, takkan dia nak kejut aku tengah tidur.

Keje yang disuruh sambung tu tak de lah banyak lagi. Tinggal siket je. Sebab tu lah aku bangun kot. And walaupun benda tu dah siap, aku tak suka sambung tidur balik pagi2 camni. Nanti rasa sangat yang hari cuti aku singkat sangat bila bangun lepas tengahari, then dah tiba malam, then dah tidur. Macam tak de life je aktiviti hari-hari camtu.

Semalam balik dari kedai tengok bola pukul 1 tepat. Walaupun MU kalah memalukan, rasa puas tetap ada sebab QPR menang lawan Chelsea. Hoahoahoa! Then balik-balik ngaap tenet jap. Oleh kerana nothing interesting, aku pun macam nak tutup PC tapi tak sampai hati. Then kene panggil suruh buat jadi setiausaha bapak aku jap, menaip. Pkul 5 lebih baru siap kot. Sebab tu lah aku kata 3 jam je tidur.

Tapi tadi Shafiq ajak aku keluar berfoya-foya minum abc, pastu nak gunting rambut, pastu nak beli ice blended. Saje lepas stres. Exam tak habis lagi. Mesti bosan cuti ni. Oleh kerana dijangka cuti ni akan menjadi cuti yang membosankan, aku dah plan nak study Bio ngan Physic betul2. Bosan! Kalau ajak Dzul buat studygroup pun bagus jugak nih. Wah!





Lepas je aku tulis pasal Dzul, aku yang duduk kat meja beranda luar bertemankan mak aku yang tengah kopek bawang putih, motor Dzul pun masuk dalam rumah aku. Memang bagus sangat lah tu.

Penulisan blog aku pun tergantung. Ni aku sambung balik lah ni. Kalau tak dari pagi tadi aku da publish. Memandangkan Dzul dah datang, terus aku ambik 7 daripada 8 buah buku biology bawak keluar and tengok soalan lepas2. Lepas dah bosan sikit, aku bukak pulak courseware Physic form 4 yang aku ambik kat cikgu. Tengok subjek lense. Boleh la kot paham sikit2. Lagi2 Dzul yang pro tu ada. Hahahahaha.

Lepas tu aku pun tidur sebab bosan sangat sebab tunggu mesej dari Shafiq tak sampai2. Sampai lah aku disegarkan dengan call dari rumah. Shafiq la tu. Dia dah bising2 sebab aku tak sampai2. Haiya, gua tidur maa. Lagi satu, if any of you ever want to text me, to make sure that I've read the message, make sure that you got any response message afterwards from me even it's only a letter of 'K'. Aku selalu pelik, kenapa orang tak nak dapatkan confirmation yang sepasti-pastinya? Hohoho!

Bila aku sampai je, ABC diorang da habis. Dah 1 jam katanya menunggu. Maaflah. Tak sengaja. Aku tak makan ABC sebab hujan. Tapi lepas hujan benti, aku ajak beli ice blended pulak. Oleh kerana dekat taman ada budak perempuan, kitorang pegi lah satu tempat yang famous sebagai 'resort' and aku saje main ambik2 gmbr. Dah lama rasanya tak ambik gmbr guna bini kedua aku tu (yang pertama phone sebab selalu ada di sisi walaupun tak berbunyi).






Tapi plan aku untuk gunting rambut tak kesampaian. Mungkin esok atau malam ni ke. Tengok lah. Papepun, kaki gua makin banyak masalah dia. Wua! Assalamualaikum....





P/s: SORRY BUANG MASA ANDA YANG MEMBACA
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?