Yeah! Malaysia menang!

Assalamualaikum.

Aku tak peduli. Aku tau memang dah terlambat sangat kot kalau aku nak post pasal Malaysia menang pingat emas SRA games baru baru ni Bangga punya pasal lah katakan.

Kita telah buktikan yang Malaysia masih lagi terbaik di asia tenggara. Kemenangan menerusi sepakan penalti sememangnya telah ditakdirkan (aku tak tau kenapa aku tulis macam ni). Walaupun dengan penalti, aku rasa kita memang layak menang dan bukan menang nasib. Sebab kita ada chance yang best2 untuk jaringkan gol (aku guna perkataan 'kita' macam aku ada main skali je). Lagipun goal keeper kita tu memang bagus prestasi dia (wah ayat aku ni).


Ye, sememangnya skuad negara kita macam macam rintangan dan halangan yang diorang kene lalui. Caci maki semua penonton kat sana. Aku pun pelik lah. Kenapa tah diorang sakit hati sangat dengan kita. Pape pun, sekiranya kita nak melawan, then do it professsionally. Don't be like them. Kalau kita melawan dengan kata kata yang kesat jugak, so kita dengan dia sama je lah tak de bezanya.

Allah kan dengar doa orang yang teraniaya. Doa kita supaya Malaysia menang Alhamdulillah termakbul jugak. Cacian diorang kat skuad kita akhirnya terkena balik dekat diorang. Itulah balasannya.

Tapi kene ingat jugak. Allah juga akan menguji dengan kejayaan. Jangan la jadi bongkak gila kat diorang, cakap besar, cakap macam bagus sangat je. Nanti kene tarik pulak kejayaan ni.

Walaupun diorang layan kita tak baik kat sana, jangan lah kita buat benda sama bila diorang ada match kat Malaysia pulak nnti.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat daripada Mohd Norazam. Woahahaha! Aku rasa skema betul lah...

Jika anda mahu unfriend di Facebook...

Assalamualaikum...

Oleh kerana aku tengah berada dalam keadaan yang bosan terlampau and aku pon rasa nak mengarut kejap, maka aku nak lah menaip kat blog ni. Hegh! Ayat aku tak gramatis.





Ok. Kebelakangan ni, banyak kali aku ternampak kat Facebook status-status yang poyo yang menunjukkan diorang tu dah banyak gila friend. LOL! Bangga ke ada banyak friend? Status yang aku maksudkan contohnya macam

'Sudah tiba masanya nak buang friend yang terlalu banyak ni.'
'I nak buang mereka yang sombong dan tak bertegur'
'Alamak! Friend dah penuh lah. Kene delete friend nampaknya'

#Err.. Ayat di atas tiada kene mengena dengan mana-mana individu. Tu aku yang create sendiri contoh-contohnya ok.

Bila aku baca status macam tu, reaksi aku macam

I'm gonna miss you, sayang

Yeah! Akhirnya gua bukak jugak blogger.com ni untuk update blog. Bukan tak update sebab tak de masa. Tapi sebab aku malas kot. Hehe. Aku kalau mengarut, bukan suka pendek-pendek. Tapi masalahnya nak tulis panjang panjang tu yg tak rajin tu.

Couple days ago, aku terpaksa berpisah dengan dia. Dia yang sebelum ni merupakan bini pertama aku, sekarang tengah dirawat. Dia dah lama sakit tapi sebelum ni dapat la bertahan. Sampai satu tahap aku dah give up, aku hantar jugak dia untuk mendapatkan rawatan. Aaaaah! Tertekan (stress) kot aku. Pengganti dia sekarang tak sehebat dia. Sekarang aku bersama dengan ex aku yang sebelum ni.

Sudah la jangan mengarut lagi. Aku sebenarnya maksudkan phone aku tu. Walaupun bukan smartphone, tapi aku sayang la kat benda tu. Mana tak, kat situ banyak lagu fav aku. Sekarang benda tu dah hantar repair, aku guna lah phone lain. Pergh bosan. Dah la orang tu kata paling cepat seminggu lebih baru siap. Tak pe lah yang penting ok balik benda tu.

Walaubagaimanapun, sekarang aku dah ada bini no satu yang ganti tempat phone tu. Huahuahua! PSP lah apa lagi. Walaupun game tak best, tapi tak pe lah. Better than nothing.

Aku nak off. Esok skola. Kalau tak tido awal, most probably aku tak bangun esok. Tata! Assalamualaikum...