I'm gonna miss you, sayang

Yeah! Akhirnya gua bukak jugak blogger.com ni untuk update blog. Bukan tak update sebab tak de masa. Tapi sebab aku malas kot. Hehe. Aku kalau mengarut, bukan suka pendek-pendek. Tapi masalahnya nak tulis panjang panjang tu yg tak rajin tu.

Couple days ago, aku terpaksa berpisah dengan dia. Dia yang sebelum ni merupakan bini pertama aku, sekarang tengah dirawat. Dia dah lama sakit tapi sebelum ni dapat la bertahan. Sampai satu tahap aku dah give up, aku hantar jugak dia untuk mendapatkan rawatan. Aaaaah! Tertekan (stress) kot aku. Pengganti dia sekarang tak sehebat dia. Sekarang aku bersama dengan ex aku yang sebelum ni.

Sudah la jangan mengarut lagi. Aku sebenarnya maksudkan phone aku tu. Walaupun bukan smartphone, tapi aku sayang la kat benda tu. Mana tak, kat situ banyak lagu fav aku. Sekarang benda tu dah hantar repair, aku guna lah phone lain. Pergh bosan. Dah la orang tu kata paling cepat seminggu lebih baru siap. Tak pe lah yang penting ok balik benda tu.

Walaubagaimanapun, sekarang aku dah ada bini no satu yang ganti tempat phone tu. Huahuahua! PSP lah apa lagi. Walaupun game tak best, tapi tak pe lah. Better than nothing.

Aku nak off. Esok skola. Kalau tak tido awal, most probably aku tak bangun esok. Tata! Assalamualaikum...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?