Yeah! Malaysia menang!

Assalamualaikum.

Aku tak peduli. Aku tau memang dah terlambat sangat kot kalau aku nak post pasal Malaysia menang pingat emas SRA games baru baru ni Bangga punya pasal lah katakan.

Kita telah buktikan yang Malaysia masih lagi terbaik di asia tenggara. Kemenangan menerusi sepakan penalti sememangnya telah ditakdirkan (aku tak tau kenapa aku tulis macam ni). Walaupun dengan penalti, aku rasa kita memang layak menang dan bukan menang nasib. Sebab kita ada chance yang best2 untuk jaringkan gol (aku guna perkataan 'kita' macam aku ada main skali je). Lagipun goal keeper kita tu memang bagus prestasi dia (wah ayat aku ni).


Ye, sememangnya skuad negara kita macam macam rintangan dan halangan yang diorang kene lalui. Caci maki semua penonton kat sana. Aku pun pelik lah. Kenapa tah diorang sakit hati sangat dengan kita. Pape pun, sekiranya kita nak melawan, then do it professsionally. Don't be like them. Kalau kita melawan dengan kata kata yang kesat jugak, so kita dengan dia sama je lah tak de bezanya.

Allah kan dengar doa orang yang teraniaya. Doa kita supaya Malaysia menang Alhamdulillah termakbul jugak. Cacian diorang kat skuad kita akhirnya terkena balik dekat diorang. Itulah balasannya.

Tapi kene ingat jugak. Allah juga akan menguji dengan kejayaan. Jangan la jadi bongkak gila kat diorang, cakap besar, cakap macam bagus sangat je. Nanti kene tarik pulak kejayaan ni.

Walaupun diorang layan kita tak baik kat sana, jangan lah kita buat benda sama bila diorang ada match kat Malaysia pulak nnti.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat daripada Mohd Norazam. Woahahaha! Aku rasa skema betul lah...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?