Antara nasihat, membebel, teguran & menghentam

Assalamualaikum...

THIS POST HAS NOTHING TO DO SPECIFICIALLY WITH ANYBODY TAU! KALAU ADA YANG KURANG SELESA, THEN TELL ME WHAT CAN I DO TO HELP :-)

Yah! Gua kembali lagi dengan ayat-ayat yang menyakitkan hati.
Oleh kerana semalam aku tak dapat tidur, kakak aku mencadangkan aku untuk update blog.
Then masa tu lah aku tetiba terfikir "Eh, aku ada blog rupanya ye!" Hahaha.
I told her that I'll post something hari ni sebab nak menaip semalam malas nak bukak PC.

Back to the title, dah lama sebenarnya aku mengimpikan untuk bincang pasal hal ni.
Cuma aku rasa sebelum ni yang apa yang jadi macam masih hangat macam tahi ayam lagi.
Means aku terpaksa la tunggu dia jadi tahi ayam yang da sejuk so tak de la mana2 pihak terasa sangat.
*korang perasan tak apsal la aku cerita pasal tahi ayam pulak ni? Aku pun pelik....





Masa darjah khas dulu ada subjek Hadis. Means on that subject memang akan belajar pasal Hadis Rasulullah lah kan. Aku ada ingat sampai sekarang lesson yang ustazah aku ajar dulu.
"Bila kata-kata yang mendatangkan kebaikan, itu adalah nasihat. Jadi jangan kata mak kamu membebel, sebab itu adalah nasihat"
(Actually, ayat beliau not exactly macam yang aku tulis. Itu just isi dia saja. Lupa la weyh! Hampir 4 tahun yang lepas kot).

Sejak dari tu, bila orang cuba untuk membebel kat aku, aku dengar betul2 isi dia. Kalau ada yang baik, aku classify sebagai nasihat. Tapi kalau tak de memang aku suka hebahkan yang ada orang tu MEMBEBEL kat aku. Tapi nampaknya susah nak cari kategori membebel ni. Err, aku selalu cari bila aku berhadapan ngan cikgu. Hahaha!

Ok. Next,
teguran. Untuk teguran ni dia lebih kurang sama dengan nasihat. Tapi tolong jangan salah ertikan yang bila anda membebel panjang2 and anda klasifikasikan perbuatan anda itu sebagai teguran.
Tahukah anda, untuk membuat teguran kita tidak perlu cakap point-point yang tidak perlu atau mungkin tak berguna langsung.
Pergh! Mula la gua nak keluarkan fakta gua sendiri ni! Paham tak fakta aku ni?
Kalau nak buat teguran, cukup lah sekadar bagitau orang yang kita nak tegur tu apa kesalahan dia and apa yang dia patut buat untuk perbetulkan kesalahan dia. Bukan dengan cakap benda-benda yang dah lepas atau erti kata lain mengungkit yang impaknya akan membuatkan orang yang ditegur tu bukan nak terima teguran malah makin nak memberontak lagi dan melawan sebab cara penegur tu yang tak betul.
So in this case, dont blame orang yang buat salah tu tapi tengok lah cara kita tu macam mana. Cara tu mesti sesuai dengan orang yang hendak menerimanya. Samalah jugak. Kalau korang baru dapat kuda liar untuk dibela, korang rasa dengan marah2 je boleh ke buat kuda tu jinak. Kenelah ada caranya ye tak?


Ok. Seterusnya dan yang terakhir, menghentam. Err... Tahukah anda, teknik menghentam merupakan teknik terbaik di seluruh dunia untuk buat orang benci kat kita? Buktinya ada. Maksud aku, aku sendiri pernah rasa. Tak sangka orang yang aku hormat sebelum ni dengan sekelip mata je aku boleh rasa benci and annoyed gila dengan dia. Please jangan describe perbuatan menghentam korang tu sebagai teguran atau nasihat sebab nasihat dan teguran is totally in different ways. Menghentam ni macam yang aku cakap kat atas tu lah. Cakap benda-benda lepas yang tak patut dan mengungkit lagi padahal benda tu da basi. Even kita buat benda yang baik dan sepatutnya untuk tebus kesilapan kita walaupun tak banyak, itu pun menjadi pertikaian diorang. LOL. At this point, we can clearly see that diorang sebenarnya memang nak menghentam kita dan bukannya nak bagi teguran yang ikhlas. Hahaha! Kesian...


Kita bole la kata, kita marah-marah atau hentam-hentam macam tu untuk cabar diorang dan biar semangat diorang makin membara-bara. Tapi berapa ramai sangat la yang nak berfikiran macam tu dan boleh terima dengan fikiran yang positif? Tapi yang kebanyakkannya tak, macam aku ni, memang melawan je la yang aku tau. Hahaha!

Kesimpulannya, sebelum buat something tu cuba fikir implikasinya kepada kita dan orang lain. Buat jangkaan sama ada betul atau tidak apa yang kita nak buat tu. Tips untuk cara lebih mudah ialah, BAYANGKAN DIRI KITA KAT TEMPAT ORANG and think,
"Kalau aku tak boleh terima bila orang buat macam ni kat aku, then why do I think that it works for them?"
Sebab tu lah kita kene fikir sebelum nak buat pape kan?

Tahukah anda lagi, 7 daripada 10 orang yang dikenakan hukuman atau dimarah dengan cara kekerasan tidak akan mengubah perangai mereka selepas tindakan tersebut.


Aku tak tau lah kenapa aku berat sebelah atau one-sided sangat kat orang yang dimarah dengan kekerasan ni? Mungkin sebab aku pernah rasa sendiri kot. Macam tak dapat kawal.

Pergh! Berapa banyak fakta syok sendiri yang nak keluar kat post aku kali ni? Nasihat aku satu je, jangan percaya sangat. Tapi kalau percaya pun tak berdosa. Hehe. Sekian, wassalamualaikum.....





P/s: Ini cuma pandangan aku je. Tak semua betul and tak semua tak betul kan. :D
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?