Menyumpah-nyumpah di Facebook?

Assalamualaikum... It's Thursday night and I feel bored. So it's time for blogging. Haha. Tak de kene mengena pun.

Berbalik kepada tajuk tadi. Memang, aku bukan orang pertama yang cakap pasal ni, aku cuma nak bagi pendapat daripada pandangan aku sendiri je.

Sebenarnya dah lama aku perhatikan kat Facebook pasal benda ni. Tau lah geram kan. Aku paham sangat naluri nak lepas geram kat Facebook ni. Tu pun kalau memang dah rasa tak de jalan lain lagi yang bole puaskan hati sendiri tu. Aku pun memang suka kot kadang-kadang buat camtu.

Tu bukan masalahnya sekarang. Ok tak pe kalau memang nak lepas geram kat Facebook tu, tapi tak boleh ke kalau tak guna perkataan-perkataan yang menyumpah seranah semua tu? I mean, memang mendalam ke kepuasan tu? Sorrylah, aku dah lama kot bersara buat benda camtu. Bukan nak cakap aku baik, tapi aku cuma rasa, kalau aku jadi orang lain and tengok aku buat benda camtu, erk, rasa macam apa lah kan...

Yang lagi menyakitkan mata aku, yang buat status macam tu perempuan. Aiya! Dear girls out there,
sedar lah.. Awak tu perempuan. Orang kata perempuan penuh kelembutan yang katanya ayunan buaian tu mampu menggoncang dunia. Arh! Maaflah, saya lupa lah ayat tu. So you think you can dance apa yang you tulis tu mencerminkan apa? Dari pandangan aku je la kan, bila aku tengok perempuan tulis macam tu, dalam hati aku cakap 'Ei, apa sia dia ni! Agak agak ar. Pompan kot'. Lagi-lagi gila kalau perempuan tu bertudung. Haih.. Tak sepadan dengan imej DP dia yang bertudung tu. Buat malu berganda betul.

Sebenarnya tak kira lah lelaki ke perempuan ke bertudung ke tak bertudung ke. Kalau geram sekalipun, janganlah sampai nak mencarut yang melampau lampau tak bertapis. Kalau tak tahan jugak, then don't post it in a status atau boleh buat status tu mode 'Only me' sebab bagi aku macam membuka pekung di dada. PM atau IM direct kat diorang lebih appropriate. And btw, is it the best way to solve a problem? I mean, dengan mencarut tu semua. LOL.


Senang cerita camni lah. Biarlah orang buat macam-macam kat kita. Nak sindir ke nak marah ke nak maki ke takpe la. Kita diamkan aje. Biasanya klau makin dilayan especially dengan cara yang salah, makin tak boleh duduk diamlah dia. Tak gitu?

-Pesanan yang tak ikhlas dari Prof. Azam. Hahhaha! :)

P/S: TETIBA GUA TERASA MACAM NAK DEMAM PULAK. TEKAK LOYA-LOYA, TEKAK BATUK-BATUK, KEPALA PENING-PENING. OH TIDAK!
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?