Perancangan aku untuk jadi kaya

Bila orang tanya cita-cita aku, aku akan jawab 'BANYAK'. Sebelum ni ramai cikgu kat sekolah tanya tentang cita-cita. Time ni lah aku suka gila nak jawab. Sebab cita-cita aku besar yang almost impossible nak capai. Sampai lah turn kawan kelas aku yang bangsa Cina pulak jawab. Dia dengan selamba jawab 'Nak jadi kaya'. Then aku terfikir, ape yang dia cakap tu memang betul agaknya.

Salah satu daripada cita-cita aku yang aku memang nak capai ialah doktor. Ok sila gelakkan dan ketawakan dan kalau boleh doakan sekali supaya tercapai. Hahaha! Tu cita-cita yang berkaitan pekerjaan. Kalau ditanya pasal impian, yang tu pun banyak jugak. Salah satu ialah nak pakai kereta idaman aku, Ferrari. Woahahaha! Then aku terfikir lagi. Kalau setakat jadi doktor, berapa lama aku boleh kumpul duit dapat beli benda tu. Dan aku berusaha gila-gila untuk capai impian aku tu.

Aku teringat ustaz aku pernah bagitau, 9/10 rezeki adalah kepada orang yang berniaga. So aku pun berancang that one day I want to have my own business, my own brand. So in the future, aku nak kumpul modal and start a business. Dengan jadi orang yang berniaga, of course la we'll gain something based on how hard our effort is.

Tapi aku nampak satu lagi karier yang senang gila dapat buat orang jadi kaya. Iaitu dengan buat filem. Haritu aku bual-bual dengan Dayat and aku ajak lah dia buat filem sebab nanti boleh jadi kaya. Ye aku tau buat filem tu bukanlah something easy, tapi aku macam minat dengan penghasilan video. Yes, editing dan semua tu lah. Rasa satu kepuasan bila dapat hasilkan satu karya video yang orang suka.

Masa tengok filem Ombak Rindu haritu, banyak scene yang buat orang ketawa walaupun cerita tu just ber'genre drama dan sedih. At some point, I spot some scene yang bila aku fikir balik, senang-senang je boleh buat orang ketawa terbahak-bahak gila bila ditambah with something simple. Oh please, why so serious ley? Dalam hati aku terdetik, 'kalau lah aku seorang director...'

In conclusion, aku terfikir, kalau dapat tubuhkan syarikat producer filem pun best jugak kan? Woahaha! Aku dah gila dah ni. Papepun, manusia hanya merancang tapi kita tahu Allah dah tentukan semuanya. Sebagai manusia, bukanlah bermaksud kita hanya berserah seratus peratus. Usaha tu yang penting. Aku ingatkan diri aku sendiri jugak lah ni. Demi mencapai impian-impian aku, insyaAllah. Hehe ;)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?