Teknik mandi air sejuk pagi-pagi

Tadi masa mak aku kejutkan aku tidur, dia cakap tak ada 'current' (elektrik). Banyak benda yang aku tak suka akibat daripada fenomena tersebut. Satu, aku tak dapat cas phone aku yang bateri dia tahap nazak. Dah la cepat habis bateri. Phone tu pulak penting nak guna sebab tak lama lagi ada kelas komputer kat Pontian so senang lah contact akak aku.

Kedua, aku terpaksa bersiap-siap bersihkan badan mandi guna air sejuk. Pergh! Hormon badan aku dah la belum stabil lagi masa tu. Menggigil gigil lagi. Sebab tak cukup tidur. Tapi tak de la tak cukup sangat pun. Pukul 2 kot tidur semalam sebab layan citer Transporter kat TV dengan abang aku. Aku pegi kelas, akak aku hantar. So dia dah siap, dia suruh aku siap pulak. Keje nak menjerit aje dia nak suruh aku siap cepat.

Aku tak tau berapa lama aku dalam bilik air tu terfikir 'Agak-agak bila la aku akan habis melalui ini semua (mandi air sejuk tu la)' tapi aku yakin memang cukup lama sebab akak aku da bebel2 da. Hahahaha! Akhirnya, with using the power of my mind, aku berjaya melaluinya dengan dalam keadaan lebih tenang. Ok here's the tips.



-Bayangkan diri anda sedang berada dalam kepanasan terik yang memerlukan kesegaran umpama unta yang berada di padang pasir membawa muatan sebesar kontena.

-Jangan paksa diri untuk cuba berada dalam keadaan panas. Maksudnya di sini ialah menggigil gigil tu. Ye, itulah tandanya korang memaksa diri untuk cuba jadi panas. So stop the shaking and feel the cold.

-At the time when the water flows right through your skin, feel it. Rasakan kesejukan tu. Better way to feel it ialah dengan pejam mata dan imagine korang tengah mandi air terjun yang nyaman gila.

-Fokus! Teruskan fokus dekat apa yang korang tengah buat. Kalau tak fokus, korang akan rasa sejuk yang tak menyenangkan. Sebab tak dapat feel.


Itu saja dari Prof. Azam untuk kali ni. Tapi kalau yang dah biasa tiap2 pagi pun mandi air sejuk gila, ya enggak apa-apa la kalau anda tidak kesah. Gua memang kesah. Hahaha. Tah pape la aku ni buat entri kat blog pasal mandi air sejuk. Tak de benda lain lah tu. Hehe. Bai bai! Wassalamualaikum :)
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?