Penting ke benda ni? Hmm.. Tak untuk semua orang

Sekarang tahap peduli aku dah berkurang dah. And oleh itu, terciptalah beberapa ayat berikut

Ramai sangat dah orang kata, kalau ada dua benda, satu yang lama dan satu yang baru dan kita lebih tertarik dengan benda yang baru tu, sesungguhnya, semua tu sebab yang baru tu lebih baik dari yang lama. Please please please. I regret about my past. Don't care about it anymore. Haih haih haih...

Aku gila. Hahaha!

Aku tak percaya! Aku tak percaya semua tu! Alasan semata-mata alasan saja! Aku tau la. Sebab aku hebat. Hahahaha! Tetiba. Tebiat nak mati camni ar.

Sesungguhnya, aku tak suka beberapa perkara yang aku tak tau yang dah jadi. Bila dah tau, lagi la tak suka. Rupanya lagi teruk. Tidak tidak tidak! Haih, tebiat lagi... Haih ada kerja.. kena pergi

Hello aku datang balik

Assalamualaikum. Aku tak pasti dan malas nak tengok balik dah berapa lama aku tak update blog. Biarlah. Bukannya aku memang ada kononnya peminat rahsia yang betul-betul follow pun.

Ada beberapa benda yang aku nak kasi tahu. Yang pastinya pasal benda tu, 'NO ONE CARES'. Memandangkan SPM dah habis dan dijangka aku ada banyak masa (atas beberapa faktor yang akan diberitahu kat bawah) untuk diluangkan, benda pertama yang aku tengah cuba nak buat ni ialah teruskan update blog macam dulu-dulu. Cuma insyaAllah update-update akan datang tak bunyi macam nak bagi penumbuk je kat aku bagi sesiapa yang baca. Nak kata lebih matang macam tak. Ye lah, kadang-kadang, bila kita kenangkan masa dulu-dulu kita yang kita anggap masa tu kita dah cukup matang, terfikir pulak yang betapa bodohnya tindakan kita masa tu. Dan benda tu berulang-ulang. Dan aku berani jamin yang dalam 10 tahun lagi (masa tu aku baru bertunang agaknya) bila aku baca post ni aku akan terfikir "Ini ke aku 10 tahun yang lepas? Kenapa bangang sangat tulis macam ni?". Tapi tak pe lah. Live the moment kata salah satu petikan dalam soalan BI SPM hari tu.

So plan lepas SPM? Hmmm.. Tak tau lah apa. Aku kata nak keje, parents aku tentang setentang-tentangnya. Yang bapak aku ada aje alasan dia. Ajar dia sampai pandai guna komputer dulu lah, realisasikan 'projek kecil' jawatankuasa dia lah. Mak aku pulak kata kalau keje makin rugi macam abg aku dulu-dulu, nanti kejap je dah belajar balik. 3-4 bulan bukan lama kata dia. Haih haih haih. Tapi aku tau, diorang nak aku bagi dulu sikit2 bakti dulu. Cuma, aku tak boleh hidup camni. At least kena ada satu tanggungjawab yang aku kena tunaikan. Belajar ke ape ke. Sebelum ni belajar lah perkara terakhir yang aku akan buat kalau dah bosan gila lepas main game PES dengan Call Of Duty. Tapi sekarang? Nak tak nak kena jugak beli buku rujukan untuk persediaan belajar akan datang ni nanti. Cuma buku rujukan tu mahal. Aku nak beli tak mampu. Terpaksa suruh bapak aku belikan.

So mengenangkan aku ni lelaki, takkan nak duduk rumah je tak buat pape kan selain tolong2 parents aku berniaga berjual kat pasar malam. 3 hari je pulak tu seminggu. Haa yes kami bukanlah dari kalangan orang yang berada. Aku tak de mention eh tadi? Ok jadi dengan itu, aku baru tadi ada deal satu plan dengan mak aku something. And dijangka 'projek kecil' yang bapak aku bagi pun akan aku usahakan jugak walaupun agak rumit. Kena mula sikit-sikit. Masa makin lama makin berkurang. Harapan aku setakat ni, dua-dua deal dengan parents aku tu akan berjalan lancar dan akan jadi lebih baik dari hari ke hari.

Sesiapa yang baca benda ni, aku mintak maaf, atas segala salah yang aku pernah buat. InsyaAllah pasni aku buat lagi, jahatnya tu kurang sikit lah. Tak macam biasa. Assalamualaikum...

Kalau nak benci kat orang...

Assalamualaikum dan salam aman makmur sejahtera makmur sentosa. Sengaja makmur tu diulang lagi.

Orang kata, buat sesuatu kena ikhlas. Then lately ada ar something happen yang buat aku pikir, klau nak benci orang pun kene ikhlas jugak. Maknanya jangan benci tanpa alasan atau sebab saje nak ikut-ikut orang. Orang benci dia, kita pun kena ikut benci. Macam dah terhasut pulak dengan orang yang benci dia awal2 tu. Orang yang first2 benci dia tu, ada sebab dia yang sendiri. Kalau alasan dia cumalah perkara kecik je, tak payah la kita pun nak ikut benci jugak. Kadang-kadang, kita sendiri tak perasan yang benda kecik tu lah ada dalam diri kita sendiri. Jadi, bunyi macam tak layak pulak kita nak benci orang yang ada ciri sama dengan kita.

Aku paham. Kadang-kadang terjadi macam ni bukanlah sebab disengajakan. Tapi atas sebab kita ni tak perasan kita terikut orang dan tak perasan kita pun sama macam orang yang dibenci tu. Oleh itu, macam yang orang selalu ingatkan, nilai diri kita sebelum nilai diri orang lain. Dan perkara yang aku selalu suka, buat something fikir banyak kali dulu. Lagi-lagi nak buat something yang tak baik. Contohnya macam membenci ni lah.

Apapun, perkara yang paling elok sekali adalah jangan ada terus perasaan nak benci-benci kat orang ni. Lagi-lagi tengah bulan puasa ni. Tak lama lagi raya. Sama-samalah muhasabah diri dan tinggalkan apa yang keruh yang ada dalam diri kita ni. Wassalamualaikum....

*Pasal post ni, aku nak share dekat status FB je. Tapi memandangkan terlalu panjang yang aku nak ulas, tu yang terjadinya aku update blog yang entah bila lagi akan diupdate lagi ni. Hehehehe.

Lama benar rasanya...

In my previous Facebook status about weeks ago, I stated that I'll post something in my blog about my anger of the hospital's management in allowing the visitor to visit the patients.

Herm... Aku malas da nak bincang pasal benda tu lagi. Memang noob je lah yang aku rasa.

Perasan atau tidak, this is going to be my first entry for 2012. Orang da sambut new year of chinese da kan tapi aku baru nak post. Haha. Biasa laa.. Benda tak penting, nak buat pun tak de dorongan. Papepun, entri kali ni sememangnya something yang membosankan. You better not to continue your reading la. Haha. (aku tau tak de  benda yang patut di'haha'kan)

Hmmm.. Tahun ni aku form 5. Apa yang aku rasa lain sikit untuk tahun ni. Semangat tu yang lain. Semangat untuk lebih fokus. Aku tengah risau sangat ni. Ye la kan, risau la kalau target ta dicapai.

Oleh itu, untuk menjadikan tahun ni lebih bersistematik, aku ada buat jadual. Haha. Tapi memang betapa susahnya aku untuk mendisiplinkan diri ikut jadual sendiri.

Lagi satu benda yang penting yang aku ada buat ialah, to-do-list. Oleh kerana kat bilik aku tak de white board, dinding almari baju aku jadi mangsa. Tak pe, gunakan ruang sebaiknya kan. Dengan adanya list tu, aku takkan miss satu benda pon kot. Tapi makin hari makin bertambah listnya. Pergh!

Aku da bosan da ni. Post ni pon macam tak bersistematik. So aku hentikan sekarang. Bye bye and assalamualaikum...