Kalau nak benci kat orang...

Assalamualaikum dan salam aman makmur sejahtera makmur sentosa. Sengaja makmur tu diulang lagi.

Orang kata, buat sesuatu kena ikhlas. Then lately ada ar something happen yang buat aku pikir, klau nak benci orang pun kene ikhlas jugak. Maknanya jangan benci tanpa alasan atau sebab saje nak ikut-ikut orang. Orang benci dia, kita pun kena ikut benci. Macam dah terhasut pulak dengan orang yang benci dia awal2 tu. Orang yang first2 benci dia tu, ada sebab dia yang sendiri. Kalau alasan dia cumalah perkara kecik je, tak payah la kita pun nak ikut benci jugak. Kadang-kadang, kita sendiri tak perasan yang benda kecik tu lah ada dalam diri kita sendiri. Jadi, bunyi macam tak layak pulak kita nak benci orang yang ada ciri sama dengan kita.

Aku paham. Kadang-kadang terjadi macam ni bukanlah sebab disengajakan. Tapi atas sebab kita ni tak perasan kita terikut orang dan tak perasan kita pun sama macam orang yang dibenci tu. Oleh itu, macam yang orang selalu ingatkan, nilai diri kita sebelum nilai diri orang lain. Dan perkara yang aku selalu suka, buat something fikir banyak kali dulu. Lagi-lagi nak buat something yang tak baik. Contohnya macam membenci ni lah.

Apapun, perkara yang paling elok sekali adalah jangan ada terus perasaan nak benci-benci kat orang ni. Lagi-lagi tengah bulan puasa ni. Tak lama lagi raya. Sama-samalah muhasabah diri dan tinggalkan apa yang keruh yang ada dalam diri kita ni. Wassalamualaikum....

*Pasal post ni, aku nak share dekat status FB je. Tapi memandangkan terlalu panjang yang aku nak ulas, tu yang terjadinya aku update blog yang entah bila lagi akan diupdate lagi ni. Hehehehe.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?