Hello aku datang balik

Assalamualaikum. Aku tak pasti dan malas nak tengok balik dah berapa lama aku tak update blog. Biarlah. Bukannya aku memang ada kononnya peminat rahsia yang betul-betul follow pun.

Ada beberapa benda yang aku nak kasi tahu. Yang pastinya pasal benda tu, 'NO ONE CARES'. Memandangkan SPM dah habis dan dijangka aku ada banyak masa (atas beberapa faktor yang akan diberitahu kat bawah) untuk diluangkan, benda pertama yang aku tengah cuba nak buat ni ialah teruskan update blog macam dulu-dulu. Cuma insyaAllah update-update akan datang tak bunyi macam nak bagi penumbuk je kat aku bagi sesiapa yang baca. Nak kata lebih matang macam tak. Ye lah, kadang-kadang, bila kita kenangkan masa dulu-dulu kita yang kita anggap masa tu kita dah cukup matang, terfikir pulak yang betapa bodohnya tindakan kita masa tu. Dan benda tu berulang-ulang. Dan aku berani jamin yang dalam 10 tahun lagi (masa tu aku baru bertunang agaknya) bila aku baca post ni aku akan terfikir "Ini ke aku 10 tahun yang lepas? Kenapa bangang sangat tulis macam ni?". Tapi tak pe lah. Live the moment kata salah satu petikan dalam soalan BI SPM hari tu.

So plan lepas SPM? Hmmm.. Tak tau lah apa. Aku kata nak keje, parents aku tentang setentang-tentangnya. Yang bapak aku ada aje alasan dia. Ajar dia sampai pandai guna komputer dulu lah, realisasikan 'projek kecil' jawatankuasa dia lah. Mak aku pulak kata kalau keje makin rugi macam abg aku dulu-dulu, nanti kejap je dah belajar balik. 3-4 bulan bukan lama kata dia. Haih haih haih. Tapi aku tau, diorang nak aku bagi dulu sikit2 bakti dulu. Cuma, aku tak boleh hidup camni. At least kena ada satu tanggungjawab yang aku kena tunaikan. Belajar ke ape ke. Sebelum ni belajar lah perkara terakhir yang aku akan buat kalau dah bosan gila lepas main game PES dengan Call Of Duty. Tapi sekarang? Nak tak nak kena jugak beli buku rujukan untuk persediaan belajar akan datang ni nanti. Cuma buku rujukan tu mahal. Aku nak beli tak mampu. Terpaksa suruh bapak aku belikan.

So mengenangkan aku ni lelaki, takkan nak duduk rumah je tak buat pape kan selain tolong2 parents aku berniaga berjual kat pasar malam. 3 hari je pulak tu seminggu. Haa yes kami bukanlah dari kalangan orang yang berada. Aku tak de mention eh tadi? Ok jadi dengan itu, aku baru tadi ada deal satu plan dengan mak aku something. And dijangka 'projek kecil' yang bapak aku bagi pun akan aku usahakan jugak walaupun agak rumit. Kena mula sikit-sikit. Masa makin lama makin berkurang. Harapan aku setakat ni, dua-dua deal dengan parents aku tu akan berjalan lancar dan akan jadi lebih baik dari hari ke hari.

Sesiapa yang baca benda ni, aku mintak maaf, atas segala salah yang aku pernah buat. InsyaAllah pasni aku buat lagi, jahatnya tu kurang sikit lah. Tak macam biasa. Assalamualaikum...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

What do you feel?