Bukak minda. Kasi terbukak sikit fikiran

I wonder if there's still people visit this blog. Hahaha. Beberapa jam lepas, ada la situasi yang buat aku terpanggil untuk share pendapat aku on something ni.

Aku tak pasti sama ada salah bagi orang lain, tapi bagi aku, sebenarnya kita ni memang agaknya senang sangat nak defend something yang kita suka. Maksud aku tak kira lah sezahir mana pun keburukan sesuatu benda tu, tapi memandangkan individu tu dah sokong, suka, minat, benda-benda yang buruk yang ada kat benda tu pun kita akan cuba cari and keluarkan statement untuk menidakkannya. Sama ada statement yang menegakkan benang yang basah, atau statement yang menggambarkan ada benda lagi buruk, yang itu tak buruk mana.

Contohla... Aku sememangnya peminat band Muse. And mana tahu someday band ni akan bagi bantuan dan sokongan financially kepada ketenteraan Israel ke kan. Then aku cakap "Ala, berapa peratus je yang dia bagi? Tak jejas pape pun", "Sekarang Israel dah tak serang orang Palestin lagi dah" dan bla bla bla. Patut ke macam ni? Boleh pikir kan?

Sebaliknya, tak tau la tapi aku nampak kebanyakannya, kalau kita dah benci betul2 kat something tu, apa2 benda baik pada dia pun kita akan cakap itu ini. Paham2 je lah sebab da benci kan? Cadangan yang baik pun dia kata tak baik, ada kesan buruk. Padahal cuba pun tak lagi. Ini lah payah. Ada akal tak nak guna.  Penting sangat sebenarnya fikiran kita ni kita bukak kejap, neutralkan segala obsesi dan kebencian dan fikir betul2. Then baru buat keputusan. Kaji dan cari informasi sendiri. Nak harapkan informasi oleh orang lain, tah betul tah tak. Ada kepentingan ke tak pada si penyampai tu. Kalau ada, paham2 je lah apa agendanya.

Ok ni pasal benda lain. Untuk berlaku jujur, antara benda yang paling aku tak suka adalah kena tipu. Okaylah bukan aku je tapi kebanyakan orang. Cuma aku pelik, ada jugak orang yang tak kesah. Jenis orang yang reda. Depa cakap gini, "Takpe lah. Sekarang pun da senang. Biar macam ni je terus tak apa." Senang ka kena tipu? Kalau sesiapa ada bini nanti, pastu dia tipu kita benda2 yang melampau, mesti ar sakit hati kan? Tapi tak payah la nak sakit hati sangat. Tak payah la nak tentang bagai. Ye la. Tipu je kot. Kita okay je. Sihat lagi. Tak de la buat kita masuk hospital ke apa ke. Kena tipu je kot. Mungkin ada sebab. Reda je la tak pe. Macam tu ke? Tu pun masih nak defend pihak tu sedangkan diri sendiri kena tipu. Haih...

Kesimpulannya, sebagai seorang bekas saintis muda, saya sokong eksperimen. Dan saya suka kebanyakan eksperimen. Kecuali eksperimen yang dikendalikan oleh Dato' K. Rajagopal. Eh, betul ke aku eja nama dia tu? Ah pasal lah. Wassalamualaikumm :)

Pray For Sabah

Isu Lahad Datu buat aku terpanggil nak bagi pandangan yang dah semestinya akan dilabel pandangan bangang selain akan aku benci sangat2 bila aku baca balik benda ni 10 tahun akan datang. Mungkin aku akan terus je rasa kenapa aku tak bunuh diri je masa tu.

Dalam kes ni, aku rasa yang bersalah si ketua kesultanan sulu tu la. Aku tak peduli perjanjian apa yang depa dengan mana-mana orang dalam yang dia pernah buat baru-baru ni atau lama dulu, tapi patutnya sesama Islam, berpaksikan alasan semata-mata menuntut kawasan jajahan takluk, serius takde lain tapi antara tindakan bangang oleh seseorang pemimpin Islam. Islam bro Islam. Mula2 aku pikir, situasi macam dah jadi macam isu Palestin-Israel la pulak bila diorang berjuang untuk dapatkan hak mereka yang dulunya milik diorang. Then kita label mereka sebagai pengganas, penceroboh. Then kita gesa suruh hapuskan semua pengganas tu, bunuh diorang semua. Sama la macam mana aku pernah nampak pada isu Israel Palestin yang lepas ni.

Tapi bila aku pikir balik, it's totally different. Dia start dulu cetus huru hara kat sini. Dia hantar follower dia, Islam yang eventually berbunuhan sesama Islam kat sini semata-mata untuk kepentingan diri dia nak tuntut hak dia. Woi nak tuntut hak kau, kau sendiri ar datang sini pegi berjuang sendiri. Bukan suruh orang suruhan kau sampai ramai yang mati. Ah stres aku gini! Tak de lain tapi kau memang dah nyanyuk. Kesian. Serius kesian. Entah2 kau ni memang ajen Israel tak nak laga-lagakan orang Islam?

Berbunuhan sesama manusia pun macam dah sesuatu yang kejam sangat. Sesama manusia kot. Nyawa tu berharga sangat, senang2 je nak berbunuhan. Kalau semua orang ada sifat understanding dalam diri, memang dunia in fact the whole universe bole jadi aman la. Tapi memang something yang mustahil la untuk benda camtu terjadi.

"Why can't we see that when we bleed, we bleed the same?" - Muse

Papepun, takziah kepada keluarga perwira negara kita. Alfatehah buat mereka.

Selamat tahun baru, selamat kembali ke sekolah :)

To be honest, masa aku zaman sekolah rendah dulu, aku memang orang kata kememeh, selalu nangis masa nak ke sekolah. Lagi-lagi masa aku first time naik sekolah rendah. And now, aku dah habis da zaman sekolah tu. Aku tak nak kata masa tu cepat berlalu. Sebenarnya masa tu macam biasa je, tak de cepat tak de lambat. Mungkin atas sebab kita fikir dulu kita camtu, pastu tanpa memikirkan hari2 yang kurang penting antara waktu sekarang, terus skip, memang la rasa sekejap. Dalam 10 tahun yang lepas, banyak sangat dah yang jadi kat aku. Tak perlu lah aku nak list kan semua tu kat sini. Sebab terlalu banyak sangat, and yang paling penting, TAKDE ORANG KESAH PUN. Hahahaha.

Dan memandangkan tahun 2013 dah tiba, zaman sekolah aku yang dah berakhir bagi penghuni rumah ni rupanya disambung gilirannya oleh anak sedara aku yang baru nak naik tadika tak lama lagi ni. Macam biasa lah, kelengkapan untuk dia disediakan semua. Antara yang excited, atuk dia kot. Sebenarnya bukan excited cuma aku tak tau nak pilih perkataan apa kot. Sebenarnya camni, aku tengok lah bapak aku tu beriye la pesan itu pesan ini kat anak sedara aku. Bila aku tengok situasi ni depan mata aku, aku teringat yang bapak aku pernah buat kat aku jugak dulu kat aku masa kecik2. Sebenarnya banyak sangat yang dipesan. Semua tu untuk kasi aku senang, tak kelam kabut, semua benda tak kurang. Aku je yang tak nampak sangat. Semua benda lah. Tak tau lah nak terangkan camane lagi. Sayu lah hati aku. Bila sampai sekolah, aku pun sedaya upaya lah nak ikut semua pesanan tu. Tapi bnyak sangat. Bila aku rasa aku fail satu pesanan, tu yang buat aku sedih, and aku pun nangis la. Sebenarnya bapak aku care sangat kat aku. Semua tu utk kebaikan aku. Alhamdulillah, at least sekarang aku ni jadi orang jugak. Kira tak de la teruk sangat. Pernah lah gembirakan hati mak bapak aku utk keputusan UPSR dengan PMR tu. SPM je tak tau. Rasanya menghampakan kot. Haih haih haih tak pe lah kita tunggu la lagi 2-3 bulan ni camane....

Citer pasal tadika, dulu aku cuma start belajar masuk tadika masa umur 6 tahun. Tak macam budak2 sekarang, 5 tahun dah dihantar ke tadika. Tapi memang masa tadika lah aku paling nakal, degil. Mula2 tadika kat tadika KEMAS. Tapi aku selalu nangis2 bila kena tinggal. So aku dipindahkan ke Tadika Agama Johor atas alasan lebih dekat dengan rumah (memang pun). Lagipon tak ramai sangat budak kat situ. Err, aku ada mention sekali tak yang aku suka sebab cikgu tu cantik masa tu? Hahaha! Papepun aku memang selesa gila kat sini. And Alhamdulillah, kecik2 lagi macam2 penerapan ajaran agama dah dikasi kat aku dekat TAJ ni. Tapi serius memang nakal gila. Cikgu mengajar kat depan, aku main lompat2 atas meja kat belakang, bergaduh dengan budak lain (sekarang selalu jugak jumpa kat masjid lepas Isyak sejak habis sekolah ni), bawak mainan pistol getah pastu aku tembak kawan aku sampai nangis. LOL last time aku tengok budak tu time tu dia dah join geng2 yang gengster2. Sekarang tak tau kemana. And lastly, tah camane nakal2 camtu final exam tadika boleh pulak dapat first ranking dalam kelas. Hahaha! Sejak tu lah aku suka exam sebab aku nak perform dalam semua exam. Mungkin sebab tu kot aku macam boleh kekal kononnya cemerlang atau antara top ranker kat kelas sampai sekarang, ada semangat untuk jadi yang terbaik. Dan mungkin itu agaknya permulaan sumbu mercun bunga api merdeka aku. Dibakar pada hujung yang betul, sampai kat bahagian letupan tu, akhirnya jadilah letupan bunga api warna warni yang alhamdulillah cantik setakat ni. Cuma letupan terakhir yang paling cantik tu belum sampai lagi kot. Kena tunggu lagi. Biasalah, pertunjukan bunga api yang last2 baru cantik kan?

So kepada sesiapa yang dah buang masa kat sini yang akan naik sekolah tu, selamat kembali ke sekolah la ye. My sympathies to all geng 96 sebab macam2 musibah dijangka akan menimpa korang. LOLOL just face them with patience k.

Oh ye, selamat tahun baru 2013 jugak. Tak payah tau lah azam aku apa. Memang tak ada. Kalau ada pun, last2 aku lupa aku pernah berazam something untuk tahun baru. Macam akak aku kata, cukuplah nama aku Azam. Ok aku nak sambung main game. Sekian...