About me


Ajam's Life

What do I love? 

I love myself
Sebelum nak sayang orang lain, mesti la kene sayang diri sendiri, kan? For example, ade orang suruh kita bunuh diri for nothing, nak buat ke?

I love my friends and family
Yang ni paling berharga dalam hidup. Thanks to Shafiq, Khalid, EpulAsrap etc for always supporting me in whatever things I've done. You guys are such a true friends for me. Kalau korang takde dah lame aku gila kot duduk kat Bumi ni. For family, all my sis(s), you always make my life happy when you're around. My bros semua memang gempak la. Tunggu adikmu ini membalas dendam di gelanggang badminton.

I love my room and my things
Bilik aku amatlah penting. Walaupon sepah (biasa lah bilik bujang kan) tapi aku tetap rindu kalau tak sehari tengok bilik ni. Sebab ape? Sebab ade barang-barang aku lah. Aku sayang gitar aku sebagai tempat lepas emosi. PSP aku sebagai tempat lepas sangap dekat game. PC aku sebagai tempat buat research and music. Handphone (walaupon handphone murah je) sebagai tempat dengar muzik jugak. Netbook tempat online express di rumah. Ridsect sebagai medium membunuh nyamuk (yang ni perlu ke?).

Favourite things

English band : Muse (ade keunikan dekat setiap lagu diorang) and Secondhand Serenade (yang ni sebab lagu emo)
Local band : Bunkface, Hujan and indie bands. (salute diorang sebab cipta lagu sendiri pon boleh menang award)
Song genre : Alternative rock (Muse), emo+sad (Secondhand Serenade), akustik dan sewaktu dengannya. Mintak maaf, lagu-lagu rape tidak berapa diminati. :-)
Favourite song : Muse - Unintended
Movie genre : Seram kot. Aksi, komedi, animasi. Cerita romantik tak kot sebab kalau sebelah pihak kecewa, sangat-sangat over betul die punye kecewa.
Favourite movie : Ice Age 3 Dawn of The Dinosours
Favourite person (idola la) : Yang ni untuk kerjaya sahaja ye. Sheikh Muszaphar and Albert Einstein.
Favourite food : Mee pataya and apa-apa yang mak aku masak except ikan keli and semilang. 
Favourite drink : Sudah semestinya Horlicks. Super delicious!

Impian mustahil untuk dicapai (kot)

Bill Gates'/Alber Einstein's super genius brain installed in my head.
First man to step on Mars (definitely impossible)
Inventing time machine and teleport machine (kalau ada keajaiban mungkin tak mustahil)
Becoming super most wanted hacker in the world
Marrying converted-to-Islam's Taylor Swift. Hahaha.

Impian berkemungkinan dapat dicapai

Memiliki sebuah Ferrari (impian hidup ni)
Becoming a scientist that can change the world (bawah siket dari Albert Einstein kot)
Becoming a pro surgeon that can heal every ill in this world
Achieving my ambitions

Likes and Hates

Like Malaysia
Aku suka tinggal kat Malaysia ni. Lagi-lagi kalau orang kaum-kaum lain saling bantu membantu.

Like kucing
Aku memang suka kucing. Even kalau ada kucing kurap pon, aku tetap sayang kucing tu. Kesian kat kucing-kucing tak bersalah ni. Kalau kotor sekalipon, tak payah la nak maki hamun kucing tu. Bukan die mintak nak lahir kat dunia ni sebagai kucing. Ape lagi kucing kurap yang merana kelaparan.

Hate katak dan sekutunya
Pergh! Super weakness aku ni la. Ranidaphobia (fear of frog). Even nak tengok sekali pon den tak sanggop. Ada beberapa memori hitam yang kalau diingatkan semula, rasa macam nak bunuh diri je.

Like to be alone
Yes. Duduk sorang-sorang dalam bilik memang best. Tu pon mesti ade barang-barang aku la like tenet and games. Tak berapa suka bergaul kot. Tapi easily get social with people.

Hate those who throw rubbish as they like
Pergh! Aku pencinta alam maa. Jangan sesekali buang sampah ikut suka korang depan mata aku. Kalau tak kene sound live and eksklusif ngn aku (sebab member kan), aku yang kutip sampah korang tu. And diikuti sumpahan mencarut di dalam hati ni.

Like to be simple
Sekarang ni kalau nak ikut fesyen-fesyen kampung, sibuk sangat nak dressing macam bandar tapi hakikatnya orang bandar takde la dressing maut over sangat macam dia. Keluar nak pegi kedai depan rumah pon nak pakai macam nak pegi oversea. Tak payah la ikut fesyen yang mengarut sangat tu. Siket-siket sudah la. What the !@#$% (aku tak maksudkan sesiapa. Sapa yang buat dia la kene)

Hate arrogant people
Ni lagi satu. Benci betul aku orang yang over berlagak. Tunjuk baik. Riak. Sewaktu dengannya lah senang citer. Kalau berlagak and riak sampai orang boleh perasan niat hati tu memang tak betul, sape pon sakit hati. Semua orang pon berlagak jugak kot (termasuk aku la ni) tapi berpada-pada. Entahlah.

Hate to be labelled as 'skema'
Aku dulu skema kot. Tapi sekarang tak lagi kot. Hahaha. Sekarang makin liar dengan perangai jahat. Tapi tapi dan tapi, liar dan jahat tak semestinya bengap. Tak skema dan tak stylo, kot. Berdiri atas pagar je. Hahaha.

What's more about me?

Yeah. Saya jahat. Saya tak baik. Saya pemalas. Suka buang masa kot. Tapi entah lah. Aku akan pastikan yang selama ni aku tak buang masa. Tunggu la semua. Lagi, aku suka berfikiran luar daripada pemikiran. Haha. Aku boleh dikatakankan pakar psikologi la. Suka psiko orang dengan cara-cara mendalam. Hahaha. Boleh teka something dengan tepat sometimes. Actually bukan teka pon but berdasarkan teori sebenarnya dan research-research tanpa henti. 

More?

Aduh. Takde lagi la Mr.Soalan. Jangan tanya lagi. That's all for this page. Thanks for reading and wasting your time on this page. Hahaha. And lastly, mintak maaf kalau ade something yang tak kena atau salah silap yang menyakiti di atas. Tata o/
Comments
0 Comments